Saturday, November 27, 2010

CERITA KELAKAR

cite ni utk relax ptg2 cmni sambil minum2...hehe
ade yg klaka tp ade yg biase2 je...
it depends on people who read it...;p

Rumput dan Kuda

Seorang guru lukisan sedang melihat kertas lukisan milik pelajarnya yang paling malas. 
Cikgu : "Lukisan apa yang kau buat nie Abu, kosong je?" 
Murid : "Kuda makan rumput, cikgu!" 
Cikgu : "Rumputnya mana?" 
Murid : "Sudah habis dimakan kuda, cikgu," 
Cikgu : "Habis tu, kudanya mana?" 
Murid : "Sudah pergi, cikgu! Kalau rumputnya sudah habis, buat apa kuda tu masih di situ?"


Pengemis gila

Pengemis : Pak Cik! Kasihanilah saya, saya orang bisu. Bapak : La? Orang bisu tak kan bleh cakap lak? 
Pengemis : Eh, salah! Orang tuli, Pak Cik! 
Bapak : Tak kan bleh mendengar? 
Pengemis : Eh, bukan! Orang buta, Pak Cik! 
Bapak : (Sambil mengeluarkan wang receh)Tidak ada duit!! 
Pengemis : Itu ada tiga ratus ! 
Bapak : Katanya buta, tak kan boleh melihat? 
Pengemis : Salah lagi. Orang gila, Pak Cik!! 


Wanita dan Lelaki Tua

Seorang wanita sedang berjalan menuju kearah seorang lelaki tua yang sedang berehat di serambi rumahnya. Setelah tiba, wanita itu berkata, " Saya tengok encik ni ceria aje. Apa rahsia yang menyebabkan encik panjang umur dan sentiasa ceria?" 

"Takde rahsia apa pun. 
Cuma saya merokok 3 kotak besar sehari, minum arak, makan makanan berlemak, makanan segera dan tak pernah sekalipun bersenam", kata lelaki itu.

"Wah! Hebatnya encik", kata wanita itu. "Berapa usia encik sekarang? 

"Dua puluh empat."


Teliti itu penting!

Sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat..mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan.. 

"Dalam bidang perubatan, ada 2 kualiti yang sgt penting untuk menjadi seorang doktor", kata pensyarah itu.

"Pertama.., kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat", katanya...sebagai contoh, pensyarah itu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat, menariknya semula dan menjilat jarinya itu. 

"Sekarang, cuba kamu buat", kata pensyarah itu.

Selepas beberapa ketika, barulah mereka mengikut apa yang mereka lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya. Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata.... 

"Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi....saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jari telunjuk. ....

SEKARANG.... .
TUMPUKAN PERHATIAN... .PAHAM!!! !!





No comments:

Post a Comment